Resipi Nutella Button Cookies Sukatan Cawan

Resipi Nutella Button Cookies Sukatan Cawan

Viral sangat aihhh cookies nie. Acu cuba try test buat jadi ke idok? Nah! resepi sukatan cawan sahaja. Dapat dalam 70 ke 80 biji saiz mini.

Bahan-Bahan:

  • 125 gram Butter (Salted)
  • 2 tbsp Gula icing
  • 1 biji Telur
  • Esen Vanilla
  • Emulco Coklat (optional)
  • 1 tbsp Tepung Jagung
  • 1 tbsp Serbuk Koko
  • 1 tbsp Susu Tepung (optional)
  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 tsp Baking Powder

Bahan Lain:

  • Susu Cair
  • Nutella Spread
  • Badam Cincang

Cara Membuat:

1. Satukan butter dan gula icing. Kacau sebati. Kemudian,masukkan telur kacau rata. Masukkan esen vanilla, tepung jagung, serbuk koko dan susu tepung kacau rata. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan baking powder. Uli hingga menjadi doh.

2. Bulat-bulatkan doh tadi. Lepas tue, masukkan dalam susu cair atau segar. Angkat guna garfu lalu golekkan dalam badam cincang. Angkat dan buat lubang kat tengah untuk nuttela spread nanti.

3. Bakar dalam oven suhu 180c selama 10 ke 20 minit. Keluarkan dan letakkan Nutella, selepas tue masukkan balik dalam oven selama 5 minit. Siap! keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas. Selamat mencuba.

Nota:

  • Saya buat kurang manis sebab nutella dah manis. Kalau nak manis, tambah gula lagi. Sebenarnya gula perang lagi sedap kalau buat cookies.
  • Kalau nak sedap lagi tambah almond, tepung almond atau hazelnut. Terpulang citarasa masing-masing.

Jom Cuba Biskut Button Nutella Ni, Memang Rangup dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Nutella Button Cookies Sukatan Cawan

Resipi Oleh: Siti Khadijah Binti Mohammad