Resipi Kari Kambing Tanpa Santan Kuah Pekat
Siapa kata kari kambing hanya sedap kalau ada santan? Sebenarnya, Kari Kambing Tanpa Santan mempunyai keistimewaan tersendiri. Rasa daging kambingnya lebih menyerlah dan kuahnya tidak membuatkan kita rasa cepat muak.
Kari versi ini biasanya menjadi kegemaran di restoran Mamak atau katering kenduri kerana ia lebih tahan lama (tidak mudah basi) dan mempunyai aroma rempah yang sangat “deep” dan padu. Jom saya kongsikan rahsia bagaimana nak dapatkan kuah yang pekat walaupun tanpa setitik santan pun.
Rahsia Kuah Pekat & Likat Tanpa Santan
Tanpa santan, kita perlu menggunakan bahan lain untuk memberi “body” atau tekstur kepada kuah. Ini tekniknya;
- Bawang Besar Yang Banyak – Gunakan bawang besar yang dikisar halus dalam kuantiti yang banyak. Apabila ditumis lama, bawang ini akan terkaramel dan memekatkan kuah secara semulajadi.
- Penggunaan Yogurt atau Susu Cair – Jika anda mahukan sedikit rasa lemak, anda boleh menggantikan santan dengan 2-3 sudu besar yogurt asli atau sedikit susu cair. Yogurt juga membantu melembutkan lagi tekstur daging kambing.
- Kentang Sebagai Ejen Pemekat – Masukkan kentang awal sedikit. Sebahagian kentang yang sedikit hancur semasa proses memasak akan bertindak sebagai ejen pemekat kuah yang sangat berkesan.
Bahan-Bahan:
- 800g – 1 kg Daging kambing kiub sis guna slices kecik-kecik tu
- Rempah 4 sekawan
- 1 sdk halba campur
- 1 helai daun pandan simpul
- 2 tangkai daun kari
- Sedikit halia – blend
- Sedikit kunyit hidup – blend @ guna serbuk kunyit
- 1 labu bawang besar – blend
- 2 ulas bawang putih – blend
- 5 ulas bawang merah – mayang
- 1 sudu besar cili kering/cili boh
- 5 sudu besar rempah kari daging/ayam + 1 sudu besar rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air
- Air asam jawa
Cara Memasak:
1. Tumis rempah 4 sekawan, bawang yang dimayang bersama daun pandan. Kemudian baru dimasukkan bawang yang diblend dengan daun kari. Tumis sehingga betul-betul masak dan wangi. Masukkan pula rempah kari. Tumis lagi sehingga rempah masak.
2. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga kering. Ulang proses ni. Saay ulang 2 kali sahaja. Nak lagi sedap. Ulangla 3-4 kali. Barulah kuah tu nampak gelap cantik dan berminyak elok.
3. Kemudian baru dimasukkan daging kambing. Gaul dengan bahan rempah sehingga air daging keluar. Masukkan sedikit air asam jawa. Ketika ni boleh masukkan ubi kentang jika mahu.
4. Letak lebih kurang 2 cawan air. Kemudian biarkan daging mereneh dengan api yang kecil. Tutup periuk ketika ini. Biarkan kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Tabur dengan cili besar dan tomato potong kasar. Siap untuk dihidangkan.
Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> SAMBAL MINANG

Resipi Oleh: Tuan Adriana Arissa


