Cara Buat Kuah Colek Buah Tanpa Belacan
Meriah post resepi colek buah ni di wall Ben,maka kongsi dengan group sini pula untuk kawan-kawan merasai sendiri kesedapan colek buah/rojak buah. Boleh buat sendiri. Coleh buah ni takde belacan tau.
Jom tengok resepi colek buah Ben bersama dengan tips. Ini resepi akan dapat satu periuk boleh kongsi dengan jiran dan adik beradik.
Bahan-Bahan:
- 1 liter air
- 500 gram gula putih
- 40 gram udang kering Thailand dibakar/disangai
- 5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
- 1 keping besar nisse Kelantan (gula melaka)
- 150 gram bawang putih cincang dan digoreng
- 40 gram serbuk lada kering halus
- 250 gram kacang tanah goreng kisar halus
- 250 gram kacang tanah goreng kisar separa kasar
- 200 gram serbuk asam boi putih
- 30 gram asam jawa
- 10 sudu makan kicap pekat Jalen
- 2 sudu teh garam halus (pink kristal Halalgel)
Cara Membuat:
1. Cara buat dia senang je tapi kena ikut satu persatu. Persiapkan bahan. Sangai atau bakar udang kering, cincang dan goreng bawang putih, sangai kacang tanah dan bahagi dua (1 kisar halus 1 kisar separa kasar). Sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.
2. Mula-mula didihkan 1 liter air, dah mendidih masukkan gula putih dan sekeping besar nisse. Dah larut semua, kecilkan api. Dalam pengisar, masukkan serbuk asam boi putih, 1 bahagian kacang kisar halus, serbuk lada kering halus, bawang putih goreng, garam, air asam jawa bersama isi (biji buang), petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
3. Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati. Tambah masuk kicap pekat dan masak lama sikit sekitar 20 minit lepas masuk kicap pada api sederhana kecil dan kacau sesekali. Bagi semua bersatu rasa.
4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar tu. Bagi rangup. Hasil colek buah ni akan dapat pedas minima. Pedas sedap nama dia. Colek ni akan pekat dengan bahan dan TAK GUNA SEBARANG TEPUNG ya.
Nota:
- Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti.
- Ben cadangkan buat 1/3 dari sukatan dia atas kalau untuk setakat makan ahli keluarga .
- Ben buat semalam,boleh kongsi bagi kat 6 jiran, 3 orang kawan Mem dan simpan satu bekas sederhana besar lagi untuk Ben. Best kan.
Selamat mencuba. Yang ni dah cukup sodap sangat dah. Gunakan pelbagai buah-buah lepas tu gaul dengan colek buah ni, aduhai sodapp sangat.
Cuba Juga Kuah Rojak & Tauhu Bakar Ni. Memang Lazat! >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Ben Safwan