Resipi Ayam Masak Rose Cara Rumah Kenduri

Resipi Ayam Masak Rose Cara Rumah Kenduri

Resipi ni kami dapat dari tukang masak kenduri. Dulu-dulu kan gotong royong time masak, masa tu pun dia habaq macam tu ja. Tapi mata kami tengok apa yang dia masak sambil ingat apa yang dia habaq. Ni pun lama dah kami tak masak ayam masak rose ni. Seingat kami la first cuba masak menu lepas orang tu bagi resepi.

Masuk kali ni baru tiga kali la buat, nasib la kami masih ingat lagi resepi ni. Kalau dak hmm… Ampa pun tak dapat la resepi yang kami nak bagi ni kat ampa. Kami kongsi sama-sama dengan ampa. Kita tambah ilmu dalam masakan. Semoga bermanfaat buat ampa semua na. Ok la ni dia resepi ayam masak rose untuk ampa semua.

Bahan-Bahan:

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Daun pandan 2 helai (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang)*
  • Tomato (sebiji)*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih 5 @ 6 ulas*
  • Halia (hiris )*
  • Serbuk kas kas
  • Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (setengah tin)
  • Susu pekat (1 camca)
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Perasa (jika suka)

Cara Memasak:

1. Ayam basuh bersih-bersih, gaul kunyit dan garam pastu goreng separuh masak. Ketepikan ayam yang telah digoreng tadi. Bahan-bahan yang bertanda (*) dikisar halus.

2. Tumis bahan bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan hingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.

3. Lepas tu, masuk pulak bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis hingga pecah minyak. Dah pecah minyak, masukan bahan-bahan seperti serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan kesemuanya bahan-bahan ni dijadikan pes).

4. Seterusnya, masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambah air. Biarkan mendidih, masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa. Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak.

5. Dah boleh tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> SAMBAL MINANG

Resipi Ayam Masak Rose Cara Rumah Kenduri

Resipi Oleh: Mariana Abd Majid