Resipi Kari Ayam Perap Cara Arwah Nenek

Resipi Kari Ayam Perap Cara Arwah Nenek

Dulu aku tanya mak aku kenapa kari ayam perap? Sebab ayamnya diperap dengan rempah kari selama 2 jam. Kenapa arwah nenek suka? Sebab arwah tak suka kari yang “terlalu kari” atau banyak rempah kari semasa menumis. Kari macam ni tak cepat muak dan rasanya sangat flavourful walaupun takde rupa kari mamak. Kita akan biarkan air ayam keluar seketika bersama rempah perap.

Perap ayam bersama rempah kari selama 2 jam. Nak lumur bersama daun kari pun boleh. Agak agak rempah asal cukup kena bahagian ayam.

Bahan-Bahan:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • seinci halia
  • 1 biji buah keras
  • 3 sekawan
  • 1 biji tomato – dikerat 4
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 2 -3 sudu rempah kari
  • 1 kotak kecil santan kelapa
  • daun kari
  • kentang
  • kerisik kelapa
  • Bahan perasa, garam, gula

Cara Memasak:

1. Tumis 8 biji bawang merah, 4 biji bawang putih, dan seinci halia (semua dihiris lebih sedap, tapi kalau nak blend, blend bersama 1 biji buah keras). Jangan lupa masukkan juga rempah 3 sekawan dan daun kari bersama 1 biji tomato dikerat 4.

2. Setelah naik bau, masukkan ayam yang diperap, gaul dan tunggu sehingga air ayam keluar. Masukkan sesudu kecil serbuk kunyit. Masukkan kentang. Air ayam akan keluar bersama rempah kari diperap. Tambah rempah kari 2-3 sudu lagi (seekor ayam).

3. Lepas ayam separuh masak, masukkan sedikit air, tak payah tenggelamkan ayam. Kuah akan nampak sedikit cair tapi masukkan kerisik kelapa (pemekat dan penyedap) serta santan. Aku pakai 1 kotak kecil santan. Masukkan bahan perasa dan reneh kuah sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Tutup api.

Kuah akan nampak sangat elok, nampak tak cair tak pekat serta sedap. Sepanjang buat kari cara ni, tak pernah tak sedap, lebih lagi kalau mak aku yang masak.

Bertambah Sedap Kalau Makan Kari Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Kari Ayam Perap Cara Arwah Nenek

Resipi Oleh: Syalfarina Razali