Masakan Barat

Resepi Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam Prego

resepi-chicken-chop-dengan-sos-lada-hitam-prego

Resepi Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam Prego

Bismillahirrahmanirrahim. Anak-anak request chicken chop. Yang ni pun menu ulang-ulang. Banyak kali dah hakak share. Hakak takda cendawan shiitake, kalini buat plain je. Alhamdulillah, berselera anak-anak makan.

Bahan-Bahan untuk Chicken Chop:

  • 3 ketul dada ayam
  • tepung jagung secukupnya
  • breadcrumbs
  • 2 biji telur – kocok

Cara Buat:

1. Ketuk ayam perlahan-lahan hingga melebar. Gaulkan lada dan secubit garam dekat ayam.

2. Salutkan ayam merata pada tepung jagung dan celupkan pada telur. Kemudian salutkan lagi pada breadcrumbs.

3. Goreng dengan api sederhana sehingga keperangan. Angkat, susun dalam pinggan bersama fries dan tuangkan sos lada hitam.

Bahan Sos Lada Hitam Prego:

  • 3 sudu marjerin planta
  • 4 ulas bawang putih, cincang
  • 1 tin prego cheese & herbs
  • 1 tin air
  • cendawan shiitake ataupun cendawan butang
  • 4-5 sdm kicap manis
  • 2 sdm sos cili
  • 1 1/2 sdm lada hitam kasar
  • sedikit seasoning/cukup rasa

Cara Buat:

1. Cairkan marjerin, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sos prego dan juga air.

2. Masukkan kicap manis, sos cili dan cendawan. Masukkan serbuk lada hitam kisar, kacau sebati. Masak hingga agak pekat.

3. Perisakan dengan sedikit garam/cukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam Prego

Resepi Oleh: Kuali Helena