Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap dan Rangup

Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap dan Rangup

Nak berkongsi resepi Ayam Goreng Berempah yang simple tapi sedap dan rangup. Ini merupakan favorite kami sekeluarga. Ayam goreng ini sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi kukus, atau nasi putih panas. Sebelum menggoreng ayam goreng berempah ini, CikMa buat teknik ‘brine’ dulu.

Apa itu teknik ayam brine? Teknik ayam brine ialah kaedah merendam ayam dalam larutan air bercampur garam sebelum dimasak. Kfc buat teknik camni tau, tujuannya untuk;

  1. Melembutkan daging – Garam menembusi serat ayam, menjadikannya lebih juicy dan tak cepat kering bila digoreng, dibakar, atau dipanggang.
  2. Menambah rasa – Larutan brine boleh ditambah gula, herba, bawang putih, daun bay, lada hitam, lemon, dan sebagainya supaya ayam lebih berperisa hingga ke dalam.
  3. Ayam masak sekata – Air garam bantu mengekalkan kelembapan, jadi daging bahagian dada pun tak mudah keras.

Cara asas brine ayam:

  • 1 ekor ayam dipotong-potong 8 atau 12 atau 16. Tambah 1 atau 2 sudu besar garam.
  • Rendam 2–12 jam dalam peti sejuk atau semalaman.
  • Toskan, lap kering, kemudian masak ikut resepi (goreng, bakar, grill).

    Bahan-Bahan A Perapan:

    • 6 ketul potongan ayam
    • 2 sudu besar serbuk kari daging/ayam
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1sudu kecil serbuk jintan putih
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 3 sudu besar tepung beras – pilihan
    • 1 biji telur – pilihan

    Bahan B Kisar:

    • 6 batang serai
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang besar
    • 2 biji bawang holland
    • 1 inci lengkuas
    • 4 biji buah keras
    • 1 inci halia
    • 1 sudu besar garam

    Cara Penyediaan:

    1. Kisar semua bahan B sehingga halus. Satukan bahan kering A dan bahan B.Gaul rata. Masukkan ayam yang telah dibersihkan, gaul sebati. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam (lagi lama lagi sedap, boleh simpan dalam peti ais semalaman).

    2. Panaskan minyak banyak, goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak, garing dan berwarna keemasan. Angkat dan toskan. Tabur lebihan rempah goreng sekali untuk lebih wangi.

    3. Dah siap. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi kukus atau nasi lemak dan lain-lain. Selamat mencuba gaiss.

    Makan Ayam Goreng Dengan Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

    Resipi Ayam Goreng Berempah Sedap dan Rangup

    Resipi Oleh: Cik Ma