Resipi Sup Tulang Rebus Dalam Periuk Nasi

Resipi Sup Tulang Rebus Dalam Periuk Nasi

Resipi sup tulang ekor lembut hanya rebus dalam periuk nasi. Cara ni bagi mereka yang tak ada pressure cooker macam Lz. Pernah juga ikut petua mak kita katanya kena letak sudu yang tebal, ada yang beritahu perlu letak daun tertentu. Jenuh juga tunggu dagingnya lembut.

Namun, rebus dalam periuk nasi kurang 2 jam dagingnya pun dah lembut. Lagipun dengan cara ini kita tak risau kuah tumpah dan kawalan api berbanding rebus di dapur biasa. Tak perlu tunggu, sambil-sambil itu kita boleh buat kerja lain.

Cara Memasak:

1. Mula-mula letak seketul daging dan tulang yang hendak kita masak. Letak air sekali dalam periuk nasi. Terus on suis dan button macam biasa. Tutup periuk. Setiap setengah jam boleh tambah air jika air kering. Sambil tu, bolehlah sediakan bahan tumisan;

  • 2 inci halia
  • Setengah biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih.

Tumbuk/blend semua bahan.

2. Kemudian tumiskan dengan rempah 3 sekawan hingga sedikit garing warna kekuningan. Bolehlah terus masukkan bahan tumisan dalam sup tadi sekali sup bunjut.

3. Dalam sejam lebih. Daging dah empuk, in shaa Allah. Keluarkan daging. Boleh dihiris dah. Lz gunting je sebab memang dah lembut.

3. Dah boleh dihidangkan dengan mee dan sambal kicap. Taburkan daun sup dan bawang goreng sekali. Siap.

Nota:

Jika anda merebus menggunakan dapur gas, gunakan teknik “Rebus-Rehat-Rebus”;

  • Didihkan air bersama daging sehingga mendidih selama 5-10 minit.
  • Tutup api dan tutup periuk dengan rapat. Biarkan daging terendam dalam air panas tersebut selama 20-30 minit.
  • Selepas itu, buka semula api dan sambung rebus sehingga daging empuk. Kaedah ini mengekalkan haba dan membantu serat daging mengembang dengan lebih lembut tanpa perlu api besar dalam tempoh yang lama.

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Premium Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Resipi Sup Tulang Rebus Dalam Periuk Nasi

Resipi Oleh: Mizah Ngatiman