Resipi Donut Mudah Tak Perlu Uli Lama

Resipi Donut Mudah Tak Perlu Uli Lama

Sarapan pagi ni dengan donat. Pagi tadi sambil-sambil buat bekal anak ke sekolah, kita puas mikir dalam kepala apa nak buat untuk sarapan rumah ni. Ternampak yis, terus buat donat. Resepi donat sukatan sedikit (anggaran 10-12 biji).

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu makan yis
  • 2 sudu gula
  • setengah cawan air suam

Satukan semua di atas, tunggu yis kembang. Dalam bekas lain;

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • hujung sudu baking powder
  • garam (lebih sikit dari secubit, 2-3 cubit kot)

Kacau rata bagi jadi rupa serbuk roti.

Cara Membuat:

1. Nampak yis dah naik, masukkan dalam adunan tepung tadi, uli lebih dari 8 minit, lagi lama uli lagi gebu donat. Saya uli 15 minit je. Lepastu rehatkan, tutup dengan kain atau lapik pinggan je. Tunggu sampai doh naik 2 kali ganda.

2. Doh saya naik dalam anggaran 40 minit. Tumbuk-tumbuk doh bagi keluar angin lepastu uli sikit lagi sekali baru la buat bentuk donat. Tunggu kembang lagi sekali, nampak macam dah naik sikit, dah boleh panaskan kuali api kecil je.

3. Kuali dah panas sikit (jangan panas sampai berasap-asap), donat pun dah naik, boleh masukkan dalam minyak tadi. Jangan balik-balik donat macam nasi goreng, nanti donat serap minyak. Balikkan sekali je. Nampak dah coklat sikit boleh la angkat.

4. Tunggu donat suam-suam baru letak gula tau, kalau letak time panas-panas, gula hilang sebab cair. Dah siap. Selamat mencuba.

Guna Acuan Donut Macam Ni Untuk Bagi Donut Bulat dan Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Donut Mudah Tak Perlu Uli Lama

Resipi Oleh: Azief Wawa