Resipi Kari Daging Dengan Ubi Kentang

Resipi Kari Daging Dengan Ubi Kentang

Kari daging siap satu periuk nak makan dengan nasi atau cicah roti pun boleh. Makan dengan roti jala pun sedap. Alhamdulillah. Ada yang nak resepi saya edit cara saya ya.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging potong nipis ikut melintang ira baru cepat empok
  • 1 biji kelapa ambik santannya 1 liter
  • 5 biji kentang potong ikut suka

Bahan Untuk Menumis:

  • Rempah 4 sekawan – Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang
  • 10 biji bawang merah – dimayang
  • 5 ulas bawang putih – dimayang
  • 2 cm halia – dimayang
  • 4 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili blend
  • 1 biji tomato potong cube

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masuk minyak dan tumis 4 sekawan. Masukkan bahan-bahan yang dimayang dan tumis hingga bawang layu kekuningan. Masukkan juga cili blend dan tomato cube. Bila nampak garing, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata hingga pecah minyak.

2. Seterusnya, masukkan daging dan biar airnya keluar. Tunggu 3 minit, masukkan santan dan bila dah mendidih masukkan pula kentang. Tunggu mengelegak dah empok daging dan kentang, masukkan garam, gula, dan secukup rasa. Biar mendidih, naik minyak dan pekat ikut kita suka. Makin lama merenih dengan api kecil makin cantik gulai kita.

3. Tada dah siap, boleh makan dengan nasi, roti, lempeng, roti jala dan ikut apa yang kita suka. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Guna Pes Rempah Kari Mamak Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resipi Kari Daging Dengan Ubi Kentang

Resipi Oleh: Azizah Daud