Resipi Turun Temurun Daging Masak Hitam Kenduri
Resipi Daging Masak Hitam confirm sedap dan wangi!. Resipi turun temurun ni saya gunakan untuk buat jualan catering, food delivery dan jualan lauk frozen. Kawan-kawan yang berniaga atau nak buat makan-makan boleh cuba resepi ni, saya bagi sekali sukatan penuh.
Masak hitam ni ada sedikit pedas, manis, masin dan wangi ya, sebab apa wangi? start dari menumis anda boleh tengok pelbagai bahan-bahan yang digunakan. Bahan rahsia dia yang berbeza dari yang lain, saya sangai lada hitam biji dengan jintan manis biji. Ini yang menambah kesedapan dan wangi pada masak hitam kita.
Cili kering pon kita sangai dulu ya, bagi wangi cabai serta menaikkan warna kuah selain bergantung sepenuhnya pada kicap. Hangpa kena try, sedap makan dengan nasik putih, nasi minyak serta nasi tomato. Ni antara best seller kalau saya open untuk jualan. Orang SP selalu order.
Bahan-Bahan:
- Daging 20 kg
Bahan Tumisan:
- Kulit kayu manis – 4 btg
- Bunga Lawang – 10 kuntum
- Bunga Cengkih – 15 biji
- Buah Pelaga – 15 biji
- Daun Pandan – 9 helai besar
- Daun Kari – 25 tangkai ++
- Bawang besar rincik – 1 beg (6×9)
- Bawang putih rincik – suku beg (6X9)
- Halia rincik – suku beg (6×9)
- Minyak Masak – 2.5 kg
Bahan Blend/Kisar:
- Bawang Besar – 3 kg
- Bawang Putih – 200 gram
- Halia – 500 gram
Bahan-Bahan Lain:
- Kicap Mudim 1.3 kg
- Serai ketuk – 12 batang
- Asam Jawa – 150 gram
- Garam Masala – 5 sb
- Gula batu 1.5 genggam
- Gula putih 850 gram
- Ajinomoto 20 sk
Bahan Sangai:
- Cabai Kering – 230 gram
- Garam kasar – 170 gram
Sangai guna airfryer/kuali/oven. Selepas sangai cabai baru bilas dan sejat.
- Jintan manis biji – 120 gram
- Lada hitam biji – 80 gram
Basuh dan sejat sebelum sangai. Sangai guna kuali. Jintan boleh sangai sekali lada hitam.
Selepas sangai, blend sampai halus. Boleh blend sekali dengan cabai kering dan boh minyak sikit.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sampai bawang garing kekuningan. Masukkan semua bahan blend, bahan sangai yang siap blend, serai ketuk, garam masala, gula, gula batu, dan aji. Masak sampai pecah minyak.
2. Seterusnya, masuk daging yang siap dibasuh dan disejat air. Bagi daging keluar air dulu, baru tambah air beberapa kali untuk bagi daging empuk. Masak sampai daging hampir empuk, baru boh garam, air asam jawa, kicap dan tambah lagi sikit daun kari.
3. Akhir sekali, adjust bagi cukup rasa semua, kuah pekat dan perlahankan api pecah minyak balik. Siap.
Untuk Packing/Timbang, Jual Frozen:
- Masak hitam (500 gram/siap)
- Cedok isi daging saja – 300 gram
- Bekas tipuware – A750
Kalau Nak Cepat, Boleh Dapatkan Daging Masak Hitam Sedia Untuk Dimakan Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Masmira Idris


