Resipi Kurma Telur Masakan Ringkas dan Mudah
Oleh sebab ada sahabat-sahabat kita yang mintak resepi kurma telur ni, jadi saya share kat sini resepi dia. Ada jugak posting dari seorang sahabat dalam ni yang bertanyakan tips rebus telur supaya jadi elok masa dikupas, jadi saya sharekan sekali cara saya rebus telur.
Bahan Utama:
- Telur ayam (ikut Ampa nak buat berapa biji) basuh bersih-bersih telur tu dulu. Kemudian masukkan air dalam belanga, masukkan telur dan buka api. Biar air tu ada rasa wap panas sikit, masukkan garam dan rebus telur tu sampai masak.
Bahan Penting:
- Rempah kurma (saya guna baba’s) Ampa nak guna jenama apa ikut selera Ampa.
- Santan kotak (saya guna yang 110ml)
- Air (untuk kuah nanti) kuantiti ikut banyk mana Ampa nak kuah. Saya guna air panas.
Bahan Untuk Menumis:
- Bawang merah dihiris halus
- Halia dihiris nipis
- Daun kari
- Bawang merah kisar 1 camca makan
- Bawang putih kisar 1/2 camca makan
- 1 sudu makan halba campur
- 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk halus
Bahan Hiasan:
- Bawang besar atau Holland (belah 4)
- Cili besar merah atau hijau (dibelah dua) saya guna cabai burung.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan penting kecuali air (masukkan rempah dulu agak 2 minit baru masukkan santan. Kacau sebati, biarkan pecah minyak elok (masa ni guna api slow).
2. Bila dah elok pecah minyak, masukkan air (ikut banyak mana Ampa nak kuah tapi jangan terlalu banyak nanti kuah jadi terlampau ceroi/cair. Kalau Ampa memang jenis nak kuah banyak, Ampa guna 2 bungkus rempah.
3. Masukkan telur ayam yang dah siap direbus dan dikupas kulitnya tadi (buka api kepada sederhana). Masukkan garam, ajinamoto (kalau tak makan, tak yah buh) gula sikit (untuk seimbang rasa) dan lada hitam yang ditumbuk halus.
4. Bila dah mendidih kuah, Ampa rasa lah sikit kalau dah seimbang semua rasa dah cukup padu, masukkan bahan hiasan dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Dianadiandra Diana


