Mee

Resepi Mee Goreng Basah Indian Style

resepi-mee-goreng-basah-indian-style

Resepi Mee Goreng Basah Indian Style

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
  • 1 peket fish ball potong nipis
  • 1 peket fish cake potong nipis
  • 300gm sawi hijau potong dalam 5 cm.
  • 3 biji tauhu putih. Potong kecil dan goreng dahulu.
  • 1 biji bawang besor mayang halus
  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • 3 sudu besor serbuk cili merah
  • 5 sudu besor Kicap pekat
  • 5 sudu besor sos cili
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 4 biji telur ayam.
  • Minyak yang secukupnya

Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi. Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Letak garam sedikit.

2. Letak batang sawi tadi. Ketuk-ketuk sikit batang sawi ni. Masa ni tambah serbuk cili tadi dan godak habih habih. Masukkan mee kuning tadi yang telah direndam dalam air panas.

3. Tambah kicap pekat dan sos cili sekali. Godak lagi sekali bior sebati. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sampai pekat. Masukkan daun sawi sekarang.

4. Kemudian, masukkan 4 biji telur ayam tu sekarang. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan godak semua bahan sekali.

Cuba Resepi Ni:  Samyang Mentega Udang Dan Keju Parmesan

5. Pakai dua senduk masa godak tu, senang sikit dan api mesti tinggi masa masukkan telur dalam mee. Test rasa garam dan tutup api.

6. Siap sudah mee goreng basah yang kompom laris. Taugeh dan lobak merah tamau kasi tarok ah, rosak dia punya rasa. Nak letak kobis dan tomato pun ok jugak.

Ni orang rumah kata mee goreng mamak Veera. Selamat mencuba.

Resepi Mee Goreng Basah Indian Style

Resepi Oleh: Veera Saravanan