Resepi Ikan Goreng Halia Masam Manis Pedas
Ikan goreng halia ni nampak biasa, simple je bahannya tapi sedap tau. Wangi halia dan bawang putih, pedas cili padi serta kerangupan ikan. Ditambah dengan rasa kicap masin dan manis kuahnya memang sedap sangat.
Bahan Bahan:
- 1 ekor ikan yang disukai (saya guna ikan jenahak)
- 2 ulas bawang putih *dimayang
- 6 ulas bawang merah *dicincang
- 5 biji cili padi hijau *dihiris
- 4 inci halia muda *dihiris memanjang
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam, gula dan kunyit secukupnya
- Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. Goreng garing dengan minyak yang banyak hingga garing.
2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang dan halia. Masukkan sos ikan, sos tiram dan kicap cair. Letakkan sedikit air. Jika suka berkuah boleh diletakkan air secukupnya.
3. Seterusnya, masukkan cili padi. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk atau pinggan dan taburkan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Nak Lagi Pedas Boleh Makan Dengan Sambal Minang >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nur Masri


