Sambal & Pencicah

Resepi Kuah Sambal Kacang Daging

resepi-kuah-sambal-kacang-daging

Resepi Kuah Sambal Kacang Daging

Kuah kacang ada sume rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.

Bahan-Bahannya:

  • ½ kg kacang tanah
  • ½ kg daging lembu – Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 sudu kicap manis (optional)
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Gulu putih

Cara Membuat:

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar. Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

2. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

3. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.

4. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Telur Ikan Bilis Dan Bebola Ikan

Tips:

Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Hah, takkde alasan kata tak reti buat sambal kacang. Try resepi ni, pasti jadi.

Resepi Kuah Sambal Kacang Daging

Resepi Oleh: Asrinna Bakri