Resepi Sambal Cili Hijau dan Sambal Merah

Resepi Sambal Cili Hijau dan Sambal Merah

Hari ni aku share resepi yang paling mencabar nak buat. Tapi ikut cara ni mesti jadi menjadi. Selamat mencuba! Sambal ni sesuai untuk makan dengan ikan goreng, ayam goreng atau telur dadar. Fusion Malaysia-Indonesia yang pasti sedap.

Bahan Sambal Cili Hijau:

  • 8 biji cili hijau
  • 8 biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak untuk menumis (1/2 cawan)

Cara Membuat:

1. Kisar kasar semua bahan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi (lebih kurang 15 minit).

2. Setelah masak, tambahkan garam 1 sudu kecil, serbuk cukup rasa 1 sudu kecil, dan gula 1 sudu besar. Kacau rata dan tutup api, siap untuk dihidangkan.

Bahan Sambal Merah:

  • 8 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak untuk menumis (1/2 cawan)

Cara Membuat:

1. Kisar kasar semua bahan. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak (lebih kurang 15 minit).

2. Setelah sambal masak, masukkan garam 1 sudu kecil, serbuk cukup rasa 1 sudu kecil, dan gula 1 sudu besar. Kacau dan tutup api, sambal merah siap untuk dimakan.

Nota: Jika kisar dengan air, pastikan tapiskan cili agar sambal tidak berair.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resepi Sambal Cili Hijau dan Sambal Merah

Resipi Oleh: CC NoorisHaris