Resepi Butter Chicken Versi Pedas Berkrim
Mudah dan cepat sebenarnya nak buat butter chicken ni. Walaupun namanya ala-ala western, tapi ia sinonim dengan tekαk melayu bila diolah sikit resepinya.
Bahan-Bahan:
- 200 gram Ayam (agak-agak je)
- 1/2 tin susu cair (lebihkan kalau nak lebih kuah)
- 3-4 ulas bawang putih cincang
- 3-4 cili padi cincang
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung gandum (kalau nak kuah lebih pekat, boleh tambah sesudu lagi)
- 1 biji telur
- Daun kari
- Serbuk pati ayam
Cara Membuat:
1. Satukan ayαm dan kari, tepung, gula, pati ayαm dan telur. Gaul sebati. Perap sekejap.
2. Panaskan mentega. Tumis cili padi, bawang putih dan daun kari hingga garing.
3. Masukkan perapan ayαm tadi. Tumis sekejap hingga ayαm separuh masak.
4. Tuangkan sikit air. Anggaran 1/2 cawan. Kemudian, tuangkan susu cair. Slowkan api. Biarkan mereneh hingga ayαm betul-betul masak dan kuah menjadi pekat.
5. Jangan lupa perasakan dengan garamnya ya. Done.Resepi yang simple, mudah dan pasti sedappp. Makan dengan nasi panas-panas confirm bertambah-tambah.
Resepi Oleh: Asrinna Bakri