Resipi Acar Asam Jawa Cili Padi
Assalamualaikum semua. Lunch dah siap! Jom kita makan sama-sama hari ni. Rindu suasana makan ramai-ramai. Siapa lambat, tinggal kuah je. Semoga bertambah rezeki dan keberkatan. Asal resepi ni masakan orang India tapi CikMa olah resepi mengikut tekak orang melayu.
Bahan-Bahan:
- 2 genggam cili padi – buang batang, belah 2
- 2 biji bawang besar – dihiris nipis
- 1 camb bawang putih blender
- 1 camb biji sawi + halba + jintan kasar/halus
- 5 tangkai daun kari
- 2 inci halia – cincang
- 1 camb serbuk kunyit
- 1 camb gula
- 1 camb garam
- 1 genggam asam jawa pekat
- 2 gelas air masak
- 1 camb cuka makan
- 1 camb air lemuju – pilihan
- Minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Hiris bawang besar. Cili padi belah 2. Jika nak kurang pedas, boleh hiris cili dan buang bijinya. Panaskan minyak masak. Tumis rempah-rempah dan daun kari. Dah naik bau masukkan bawang besar. Goreng hingga layu. Kemudian tambah halia. Gaul hingga sebati.
2. Bila bahan-bahan dah semua masak, masukkan cili padi garam gula. Sebatikan dulu hingga mesra. Akhir sekali masukkan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak dan cili layu. Bergantung pada rasa pedas masam masin manis. Ikot citarasa masing-masing. Rasa masam pedas pun sedap.
3. Siap untuk dinikmati! Syok makan ngn nasi panas, papadom, ulam ikan rebus ikan masin. Selamat mencuba gais.
Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Cik Ma


