Ayam

Resepi Ayam Ketumbar Jintan Pedas

resepi-ayam-ketumbar-jintan-pedas

Resepi Ayam Ketumbar Jintan Pedas

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (Potong)
  • 2 batang serai (dikatok)
  • Cili padi merah 5 batang (dikatok
  • Cili padi hijau 5 batang (dikatok)
  • 2 helai daun salam
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 cawan air putih
  • Kentang 1 biji dibelah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak (untuk menumis)

Bahan Kisar Halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji buah keras
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2cm kunyit hidup

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, lalu tumis bahan kisar halus hingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan ayam, cili padi, serai, asam keping dan daun salam. Gaul bahan hingga rata dan masukkan air.

3. Masak sehingga ayam agak lembut sedikit kering. Jika suka berkuah, jangan masak terlalu lama.

4. Akhir sekali masukkan gula melaka, serbuk perasa dan garam. Perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan. Siap untuk dihidang.

Resepi Ayam Ketumbar Jintan Pedas

Resepi Oleh: Nurul Ateekah