Resipi Sambal Hijau Bilis Petai Tahan lama
Menu kampung ja arini. Ada peminat sambal petai macam ni tak? Kebetulan ada petai, masak lebih sikit simpan dalam balang buat stok untuk makan dengan nasi. Makan sambal ni dengan nasi putih, goreng telur mata pun cukup dah. Sapa suka menu macam ni kita geng. Sambal hijau bilis petai cikna style.
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis (goreng)
- 1 genggam ikan bilis tanpa goreng
- Petai (kopek kulit)
- 2 biji bawang merah size besar
- 1 biji bawang holland
- 7 ulas bawang putih
- 10 biji cili besar hijau
- 20 biji cili padi hijau (10 biji kisar, 10 biji lagi campak ja dalam sambal)
- 2 biji tomato hijau
- Belacan
- 2 biji air limau kasturi
- 2 kiub pati ikan bilis
- 1/2 keping merah/gula melaka
- Gula dan garam
- Minyak
Cara Membuat:
1. Goreng ikan bilis sedikit garing angkat dan toskan. Menggunakan minyak yang sama, goreng belacan, bawang merah, bawang putih, bawang holland, cili besar hijau, cili padi hijau dan tomato sehingga layu. Kemudian kisar kasar bahan-bahan tersebut.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan masak, masukkan kiub pati ikan bilis dan gula melaka. Masukkan ikan bilis yang tak digoreng, masukkan cili padi dan masak sehingga sedikit layu.
3. Kemudian masukkan air limau kasturi, petai, ikan bilis dan perasakan dengan sedikit gula dan garam. Sambal ni saya masak lama, sejam lebih jugak baru siap. Selamat mencuba.
Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Bonda Aisyah


