Kek

Resepi Kek Marjerin Simple Super Moist

resepi-kek-marjerin-simple-super-moist

Resepi Kek Marjerin Simple Super Moist

Kek simple dan mudah dibuat. Bahan-bahan juga mudah didapati.

Bahan-Bahan:

  • 250 gram marjerin pelangi
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 1/2 cawan tepung gandum – ayak 2 kali bersama baking powder
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil pewarna kuning telur

Cara Membuat:

1. Pukul marjerin dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga abis.

2. Kemudian, titiskan pewarna kuning, cukup sekadar membangkitkan warna. Tuang adunan dalam acuan yang dah disapu mentega.

3. Bakar pada suhu 170°c selama satu jam. Api atas bawah. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Bila permukaan atas dah perang, tukar.oada api bawah je. Selamat mencuba.

Resepi Kek Marjerin Simple Super Moist

Resepi Oleh: Asrinna Bakri