Resepi Kek Marble Minyak Buat Minum Petang

Resepi Kek Marble Minyak Buat Minum Petang

Buat Kek Marble Vanilla lah sebiji rinih. Buat nyicah-nyicah dengn kopi nanti petang. Bahan main campak-campak je nih.

Bahan-Bahan:

  • Telur gred A/B 5biji
  • Gula 3/4 cawan – Kalau nak lagi manis cukupkan 1 cawan k.
  • Esen vanilla 1 sdk
  • Sedikit Pewarna kuning
  • Susu Cair setengah cawan
  • Susu pekat 2 sdb
  • Ovellet 1 sdb membukit
  • Tepung gandum 2 cawan*
  • Baking powder 1 sdk*
  • Soda bikarbonat 1 sdk*

Ayak bahan bertanda (*)

Cara Membuat:

1. Sediakan bekas, masukkan bahan-bahan ikut step yea, telur, gula, esen vanilla, ovellet, susu cair, susu pekat, dan pewarna kuning. Mix slow dulu dalam 2 minit.

2. Masukkan pula tepung gandum yang dah diayak terlebih dahulu tadi. Mix high speed sampai gebu 3 kali ganda, gebu dan ringan. Bila adunan dah kembang, slowkan mixer.

3. Masukkan pula minyak masak dalam 3/4 cawan, curah sikit-sikit. Mix tak perlu lama dalam 10 saat camtu je, terus stop dan kaup balik dengan spatula. Kaup balik pelan-pelan jer.

4. Ok siap, bolehlah bakar. Saya guna loyang 8×8. Oles minyak dulu dalam loyang., lapik baking paper supaya senang nak keluarkan nanti. Bakar dengan suhu 150c selama 1 jam atau ikut suhu oven masing-masing yea.

Suhunya sederhana sahaja, memang lambat masak tapi result dia memang superb! kena sabar yea. Saya letak tray bawah skali, ok good luck.

Ramai Yang Dah Cuba Kek Batik Kampung Ni, Rasa Moist dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Kek Marble Minyak Buat Minum Petang

Resipi Oleh: Pn Habsah Ngah