Resepi Bihun Hailam Dengan Cili Jeruk Expres
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus bihun
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu cili flakes
- air secukupnya
- suku cwn minyak
- 1 mangkuk isi ayam hiris
- 1 mangkuk cendawan shiitake kering (basuh dan rendam sampai lembut)
- Kicap Lemak Jalen secukup rasa
- Kicap Masin Adabi secukup rasa
- Kicap Istimewa Mudim secukup rasa
- 4 sudu Sos Tiram Jalen
- 4 sudu Sos Cili Life
- beberapa biji meatball
- 10 biji tauhu pok (belah 2)
- 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan setengah cawan air)
- 5 pokok sawi bokchoy (potong)
Cara Memasak:
1. Celur bihun sampai lembut, bilas dan toskan sampai kering. Ketepikan. Blend bebawang dan cili flakes dengan sedikit air sampai lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan blend sampai garing dan pecah minyak. Masukkan isi ayam, kacau sampai separuh masak. Tambah cendawan shiitake dan kacau. Tambah air, ikut nak kuah banyak mana.
3. Masukkan semua kicap dan semua sos secukup rasa. Kacau dan masukkan meatball. Biar sampai mendidih. Masukkan tauhu pok dan air tepung jagung. Kacau sebati dan biar sampai kuah masak sekata dan pekat.
4. Masukkan sawi bokchoy, tutup api dan kacau. Tuang kuah atas bihun dicelur dan hidang bersama cili jeruk express. Done.
Cara buat cili jeruk express tu senang je. Hiris 5 ke 6 biji cili api, gaul dengan 4 sudu cuka, secubit garam dan 1/2 sudu gula. Kacau rata dan biar semua melarut. Siap. Tak sesuai disimpan lama. Faa suka buat cili jeruk ni bila nak makan je. Buat sikit sikit sebab suka rangup cili tu.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo