Resepi Kek Pelangi Legend Gebu dan Wangi
Cantik ke cantik pelangi kite. Sape suke kek legend ni? Hepy dan lompat bintang bile tengok belang pelangi tu tersusun cantik je, gebu dan wangi sangat bau die.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 ketul butter (sukatan cawan, 1 1/2 cwn) – saya guna marjerin pelangi jer, dah nama kek pun pelangi kan?
- 1 1/2 cwn gula halus – saya blend halus lagi (saya kurangkan 1 1/3 cwn je sebab manis sangat)
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen ros
- 2 sudu bsr susu pekat manis
- 2 1/2 cwn tepung kek Bluekey (saya guna tepung gandum je + 1 sudu teh serbuk penaik) – di ayak
- Pewarna merah, kuning, hijau, biru & unggu
Cara Membuatnya:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul. Campur esen ros dan susu pekat. Pukul rata. Last, masukkan tepung gandum dan pukul sebati. Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Campur dengan pewarna.
2. Alas loyang saiz 10 inci dengan baking paper. Tompokkan 3 sudu besar adunan merah di tengah-tengah loyang. Kemudian tindihkan dengan adunan kuning, hijau, biru dan kuning secara berselang seli. Semuanya 3 sudu besar. Ulang lagi hingga habis adunan. Goyang-goyangkan sedikit loyang supaya ia rata ke tepi loyang.
3. Bakar pada suhu 130c, api bawah di rak tengah selama 1 jam 15 minit. Kemudian, tukar api atas, suhu 120c di rak paling bawah selama 5 minit. Bergantung pada suhu oven masing-masing. Bila dicucuk dengan lidi, ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.
Peminat Kek Marble, Boleh Cuba Kek Marble 4 Benua Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah


