Masakan Thai, Nasi, Sarapan

Nasi Goreng Thai Campak-Campak Saja Dah Siap

nasi-goreng-thai-campak-campak-saja-dah-siap

Nasi Goreng Thai Campak-Campak Saja Dah Siap

Selepas ni sudah boleh masak sendiri nasi goreng thai, kalau nak makan. Tak susah pun, campak-campak aje dah siap nasi goreng nya. Cubalah, serius sedap. Jom kita masak.

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 mangkuk kecil isi ayam/udang/sotong
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 6 biji cili api – dihiris
  • 3 helai daun limau purut – dihiris halau
  • Sayur lobak merah – dipotong kecil
  • Kacang panjang/kacang buncis – dipotong kecil
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar sos ikan
  • Garam

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili api dan kacau sekejap. Masukkan ayam, daun limau purut, lobak merah dan kacang buncis, kacau seketika.

2. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan. Masak sehingga ayamnya masak. Kalau ada udang atau sotong boleh gantikan dengan seafood lagi sedap, cik tie guna apa yang ada aje.

3. Boleh perasakan dengan sedikit garam je, sebab sos tu dah masin. Kalau suka letak pak aji boleh aje letak ye. Sedap dihidangkan panas dengan telur, sayur dan keropok. Nyums.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam Penyet

Selamat memasak korang.

Nasi Goreng Thai Campak-Campak Saja Dah Siap

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar