Resepi Harum Manis Mango Cheesecake
Kaksue share resepi manggo cheesecake tak perlu bakar. kita upgrade skill skit guna mixer pula. Sebelum ni wat kek guna blender hehe, yang pasti cheesecake ni tak cukup 1 slice, macam aiskrim. Sedap sungguh untuk ternak lemak hahaha. Sebab kaksue ada harum manis pemberian orang, kita habiskan buat cheesecake, cubalah!.
Bahan-Bahan: Kisar Halus & Cairkan
- 160gram biskut marie (kisar)
- 90gram butter (dicairkan)
Bahan B: Kisar Halus
- 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
- 1 sudu besar air jus lemon
Bahan C: Mix
- 500gram cream cheese
- 200gram whipping cream
- 1sk esen vanila
- 110gram gula castor (nak manis buh 130gm)
- 100gram puri mangga
- 2 1/2 sudu besar air jus lemon
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar gelatin + 80ml air panas – kacau sebati
Bahan D: Topping Atas
- 20gm Gula (optional)
- 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas
- 200gram puri manga (kaksue tak add gula sebab guna mangga harum manis yang dah manis)
Cara Penyediaan:
1. Sediakan Loyang size 8 yang boleh dibuka dari bawah. Cairkan butter dan kisar halus biskut, campurkan kedua bahan ni untuk dijadikan base. Padatkan dalam Loyang, simpan sekejap dalam peti ais.
2. Masukkan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik, mix dengan hand mixer jer, kemudian masukkan gula, esen vanilla dan pukul sebati. Seterusnya masukkan whipping cream, susu pekat, jus lemon dan puri manga. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
3. Tuang bancuhan ni ke dalam Loyang tadi, sejukkan semalaman atau selama 4 jam.
4. Akhir sekali, sediakan topping atas kek pula, campurkan puri manga dan bancuhan gelatine. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disejukkan tadi. Seterusnya masukkan semula ke dalam peti ais dan sejukkan. Jangan lupa tutup kek dengan plastic clean wrap.
5. Apabila nak keluarkan kek, ambik sehelai kain bersih dan celup dalam air panas. Kain ni kita nak tekap di sekeliling Loyang kek supaya senang dibuka dan licin bila kek dikeluarkan. Selamat mencuba!.
Tips:
- Kalau mangga tu macam banyak serat kasar bila potong, boleh tapis dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Lepas tapis baru sukat/timbang. Kaksue pakai manga harum manis, jadi takda serat kasar.
- Untuk hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk elakkan hirisan mangga hadi gelap bila simpan lama.
Resepi Oleh: Suhasnida Ismail