Resepi Kek Pisang Moist Sukatan Cawan
Kaksue dah kata, kaksue buat kek memudah jer, yang tak kena pakai mixer bagai dulu. Biasa la beginner kan, ni resepi sedap giler, moist, tak muak, lembut dan tak manis sangat. Topping dia tu korang letak la coklat ker, walnut ker, nak makan sendiri kan, mudoh dooh kek pisang ni ho, cuba la.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred A atau 5 biji gred B
- 3/4 cawan gula perang
- 1/2 tsp garam halus
- 1 tbsp jus lemon
- 1 cawan pisang berangan/pisang raja
Bahan B:
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri atau tepung gandum + 1 tsp serbuk penaik + 1/2 tsp soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali pisang ke dalam blender, blend sampai gebo dan sebati. Kemudian, masukkan pisang dan blend 3 saat jer, tak perlu lama.
2. Sediakan 1 bekas besar, masukkan tepung naik sendiri atau nak guna tepung gandum pun boleh. Tapi kalau pakai tepung gandum, kena campur dengan serbuk penaik dan baking soda. Terpulang mana yang senang, tapi kalau tanya saya, dedua sedap hehe.
3. Tuang bahan yang dah diblend ke dalam bekas mengandungi tepung, kacau sebati. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin. Kaksue guna bekas aluminium foil tu jer, senang keje. Lepas tu tabur coklat coin, hirisan pisang atau choc chip pun boleh.
4. Sebelum tu, panaskan oven lebih awal supaya lepas siap adunan ni terus boleh bakar. Sebab buat kek ni sekejap sangat. Bakar pada suhu 180 celcius, selama 50-60 minit depend pada jenis oven gak la. Kena tengok-tengok kalau dah masak. Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Suhasnida Ismail