
Resepi Ais Krim Neopolitan Homemade
Cuaca panas, anak-anak ramai di rumah, ayah ibu pun terpaksa cuti disebabkan wabak semasa, tak dinasihatkan makan di luar, kita chill-chill la sekeluarga dalam rumah. Kita buat aiskrim skoop sendiri. Amacam? Jimat duit, dapat pun banyak, anak-anak boleh makan puas, boleh pelbagaikan perisa lagi tu.
Anak-anak pun akan Wow sangat bila diorang tengok kita tunjuk skill terpendam kita, ahgitu. Resepi aiskrim homemade yang buat saya rasa uishh, rugi tak buat dari awal. In shaa Allah lebih sedap dan lebih suci, murni, halalan thoyyiban. Silakan lihat resepi;
Bahan Asas Ais Krim:
- 1 tin susu cair/susu full cream 400ml – nak sedap guna whipping cream 400ml/gm
- 1/4 tin susu pekat (lebih kurang 100ml)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil vanilla
- 1 sudu besar ovallette
Perisa Sesuai Selera Neopolitan:
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil strawberry emulco
- 1 sudu kecil chocolate emulco
Cara Membuat:
1. Masukkan semua sekali KECUALI emulco ke dalam blender dan putar hingga smooth. Bahagikan kepada 3 bahagian, berikan setiap satu 1 sudu kecil emulco dan esen di atas.
2. Letakkan pembahagi cam penutup bekas untuk asingkan perisa dalam satu bekas. Dah tuang semua, baru angkat pembahagi tu keluar.
3. Masukkan ke dalam freezer dan biarkan semalaman. Pagi-pagi esok dah boleh makan dah. Nikmat angat, silakan mencuba, rugi tak cuba.
Sharing is caring, moga bermanfaat!
Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira