Makanan Laut

Resepi Masakan Thai Sotong Phat Phet

resepi-masakan-thai-sotong-phat-phet

Resepi Masakan Thai Sotong Phat Phet

Masakan 2 dalam 1 (lauk dan sayur), apa yang penting dalam masakan ini adalah Aroma, Kepedasan & Kesedapan yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan Kisar:

  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.

2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.

3. Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Thai

4. Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.

Resepi Masakan Thai Sotong Phat Phet

Resepi Oleh: Nurul Ateekah