Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Bahan-Bahan:

  • Ikan Bilis 1 cawan (dibersihkan)
  • Cili Kering 15-20 batang*
  • Bawang Besar 5-7 biji*
  • Bawang putih 10 ulas*
  • Belacan 2-3 cm (dibakar seketika)*
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • 1 helai Daun pandan (disimpul)
  • Perahan air asam jawa (3 sudu besar)
  • Gula pasir
  • Gula Melaka 2 sudu besar
  • Serbuk Perasa (jika mahu)
  • Garam
  • Minyak masak (kena banyak)

+ Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi.
+ Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda (*)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi, serai dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan kering (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak). Masak sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit hingga 2 jam.

2. Kemudian masukkan air asam jawa dan gaulkan. Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam kemudian gaulkan rata.

3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaulkan rata sehingga ikan bilis masak. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama nasi lemak.

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Resepi Oleh: Nurul Ateekah