Mee

Mee Kuah Daging Simple Tapi Cukup Sedap

mee-kuah-daging-simple-tapi-cukup-sedap

Mee Kuah Daging Simple Tapi Cukup Sedap

Resepinya mudah ajer, ‘power’ masakan ni terletak pada kuah daging tu sendiri. Bila masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair yer. Bahan-bahan yang abam senaraikan dekat bawah ni hanyalah anggaran sahaja. So, kalau nak buat kuah lebih sebab nak makan ramai, nanti uolls adjustlah ikut kesesuaian. Yang penting masak dengan penuh kasih sayang yer.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging – bersihkan, potong nipis-nipis & rebus sehingga masak, simpan air rebusan daging & ketepikan.
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 genggam udang kering

Blendkan semua bahan-bahan di atas.

  • 2 biji bawang kecil (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 tangkai serai (diketuk)
  • 4 sb cili kering yang dikisar
  • 4 sb sos tiram
  • 5 sb sos cili
  • 5 sb sos tomato
  • 1 biji kentang sederhana besar (direbus & dilecek sehingga hancur) – nak pakai ubi keledek pun boleh juga.
  • Garam & perisa secukupnya

Bahan-Bahan Untuk Garnishing:

  • Mee kuning secukupnya – celur di dalam air panas & toskan
  • Telur rebus (nak buat porch egg pun boleh)
  • Tauhu (digoreng & dihiris nipis)
  • Taugeh (nak letak sawi pun boleh) – celur & toskan
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang goreng (nak letak pun boleh)
Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Rebus Johor

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai. Tumis sehingga garing (bukan hangit yer).

2. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend. Tumis sehingga naik bau Masukkan cili kisar. Tumis semua bahan sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Masukkan daging dan air rebusan daging.

3. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang yang telah dilecek (adjust ikut kuantiti kuah supaya kuah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair). Perisakan dan siap!.

4. Hidangkan kuah daging ketika masih panas bersama-sama mee kuning dan bahan-bahan garnishing yang lain. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys.

Mee Kuah Daging Simple Tapi Cukup Sedap

Resepi Oleh: Khairul Hasrol