Rahsia Donut Lembut ala Bakery Memang Sedap
Walaupun bahan-bahan yang digunakan ringkas dan mudah, tapi hasilnya donut jadi lembut dan gebu macam beli dekat kedai bakery.
Bahan-Bahan:
- 250g tepung roti
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil k fine cream super (sudu KFC kecil tu, jangan terlebih sangat ye)
- 1 biji telur
- 125ml susu segar (dari peti sejuk)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar yis segera (rata, jangan membukit)
- 1 sudu besar marjerin
Cara Membuat:
1. Tepung roti, telur, k fine cream, yis dan garam satukan dalam bekas. Garam jangan terkena yis. Susu segar, gula dan susu pekat manis campur dalam cawan dan kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas tepung tadi. Adun sampai sebati dan rata.
2. Masukkan marjerin dan uli sampai doh elastik. Doh mesti elastik. Bila doh dah elastik, tak perlu perap. Terus bahagikan sama besar. Saya timbang 25g-30g sebiji. Dapat 17-18 biji. Bulatkan, penyekkan dan cucuk di tengah dengan jari.
3. Perap dalam 30 minit. Cara nak tahu dah cukup perap atau tidak, tekan donat dengan jari. Kalau tak cukup perap, rasa keras. Kalau berbekas tapi melantun semula ke bentuk asal, cukup perap. Kalau penyek terus, terlebih perap. Nak dapat ring, kena cukup perap.
4. Goreng dalam minyak panas, api slow. Balikkan sekali je. Dah siap goreng, boleh salut dengan apa-apa yang kita suka. Paling sedap bagi saya, salut gula yang dicampur sedikit susu tepung. Sangat sedap.
Guna Acuan Macam Ni Baru Donut Bulat Elok >> https://shope.ee/40Fz5Aox7s
Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad