Resepi Udang Masak Merah Madu

Resepi Udang Masak Merah Madu

Bahan-Bahan:

  • 500gram udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar kismis
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 2 sudu besar SOS tomato
  • 2 sudu besar SOS cili
  • 1 sudu besar SOS tiram
  • Serbuk perasa/garam (jika perlu)

Bahan Kisar:

  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam air panas Dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula. Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.

3. Masukkan bawang dan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan sehingga rata dan sebati. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Udang Masak Merah Madu

Resepi Oleh: Nurul Ateekah