Ikan, Makanan Laut

Resepi Mudah Ikan Bakar Asam Jawa

resepi-mudah-ikan-bakar-asam-jawa

Resepi Mudah Ikan Bakar Asam Jawa

First time makan ikan bakar asam jawa rasa macam tak cukup. Harga pun boleh tahan. Pejam mata bayangkan apa yang ada kat dalam sos tu. Try and error, maka inilah hasilnya.

Bahan-Bahan:

  • Ikan cencaru/ikan siakap dibelah belakang
  • 5-6 sdb pes asam jawa
  • 4 sdb cili kisar
  • 2 sdb sos tiram
  • 3 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap pekat
  • 2 sdb tepung jagung (jangan campur air)
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Gula perang secukup rasa (biar seimbang rasa masam & manis)

Cara Membuat:

1. Ikan Cencaru atau ikan siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.

2. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam mangkuk. Gaul hingga rata. Rasakan masam manis pes ni. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam. Kemudian sudukan pes ke dalam perut ikan secukupnya.

3. Letakkan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak. Siap untuk dihidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Sardin Gulung

Nota: Pes ikan bakar ni mesti ada rasa masam-masam dan manis. Gula mesti lebih untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.

Resepi Mudah Ikan Bakar Asam Jawa

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar