Daging, Nasi

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

resepi-nasi-daging-air-asam-kerisik

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging (nak letak lebih pun boleh jer – basuh, rebus hingga empuk pastu hiris-hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • 5 pcs bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu besar rempah KURMA
  • 1 sudu besar serbuk sup (saya gantikan 1 ketul kiub pati lembu, tapi kalo tak dak tak payah buh pun takpa)
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar (tak dak pun takpa)
  • 1 helai daun pandan (simpul, takde pun takpe)
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 4 cawan beras basmathi pusa gold jasmine 1121 (basuh dan rendam selama 20-30 minit dan toskan)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 senduk minyak sapi

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia

+ Kisar semua bahan ini dengan sedikit air

Cara Memasak:

1. Masukkan air rebusan daging (jika tak cukup boleh gantikan air biasa) ke dalam periuk nasi. Sambil-sambil tu sediakan bahan tumisan.

2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan hiris hingga naik bau dan agak garing.

3. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing. Masukkan rempah kurma dan serbuk sup (saya gantikan kiub pati lembu). Kacau hingga betul-betul naik minyak.

4. Masukkan pula susu cair, daun pandan, gula dan garam. Bila dah mendidih dan naik minyak masukkan beras, kacau sebati 1-2 minit camtu dan tutup api.

5. Masukkan beras yang ditumis tadi ke dalam air rebusan daging yang ada dalam rice cooker. Masukkan juga daun ketumbar dan tekan button cook.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Tom Yam

6. Apabila nasi dah mendidih, masukkan daging di permukaan nasi. Tutup periuk nasi dan teruskan memasak hingga nasi betul-betul masak.

7. Bila button dah naik keep warm, tekan sekali lagi button cook. Bila dah elok masak, kacau guna garfu supaya nasi tak patah.

Resepi Air Asam Kerisik

Bahan-Bahan:

  • 3-4 biji cili merah (hiris nipis)
  • 30 pcs cili padi (hiris)
  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji tomato (hiris nipis)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 ketul belacan sebesar ibu jari
  • 1 biji limau nipis (perah airnya) kalo kecik buh lagi sebiji
  • 1 paket kecil kerisik (lebih sedap kalo buat sendiri)
  • 1 sdt gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa

Cara Buat: Gaul semua bahan hingga sebati (guna sarung tangan plastik, ramas-ramas sikit supaya sebati rasa pedas, masam, masin dan lemak kerisik). Kalau nak lagi pekat boleh buat sambal belacan dan campur dalam air asam.

Resepi Nasi Daging Air Asam Kerisik

Resepi Oleh: Marina Zainal