Resipi Daging Goreng Ketumbar Hanya 5 Bahan
Jika anda peminat daging, resipi Daging Goreng Ketumbar ini wajib ada dalam senarai masakan anda. Ia bukan sekadar daging goreng biasa, gabungan biji ketumbar yang ditumbuk segar memberikan aroma “nutty” dan harum yang sangat istimewa. Lauk ini sangat ringkas tetapi mampu membuatkan anda bertambah nasi berkali-kali!
Jom cuba resipi daging goreng ketumbar oleh Aisyah Humaira ni.
Bahan-Bahan:
- 1 kg daging batang pinang dihiris nipis-nipis
- 1-2 biji bawang besar hiris bulat
- 2 sudu besar biji ketumbar (tumbuk sedikit separuh hancur)
- Garam, serbuk kunyit dan aji secukupnya
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali bawang besar. Ratakan daging dgn semua bahan.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Tabur bawang besar dan kacau sekejap hingga bawang layu. Siap dan sedia untuk dihidang.
Nota:
- Jika guna daging bahagian lambat masak (lambat empuk) daging kena masak teknik “daging goreng kelantan” minyak tu tukar ke air. Maksudnya, lepas daging dah gaul garam kunyit masukkan ke kuali dan masuk air.
- Api perlahan dan reneh daging hingga hampir lembut/empuk dan air kering. Kalau air dah kering tapi daging masih liat sila tambah lagi air truskan mereneh. Setelah lembut dan air kering,boleh la masukkan minyak dan goreng, siap.
Nota Bonda:
Untuk memastikan hidangan anda setaraf dengan masakan bonda, ikuti tips penting ini;
- Gunakan Biji Ketumbar Segar – Elakkan menggunakan serbuk ketumbar segera. Sebaik-baiknya, sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar sehingga wangi, kemudian tumbuk kasar. Tekstur kasar ini memberikan rasa yang lebih “kick” dan asli.
- Hiris Nipis & Lawan Aras – Pastikan daging dihiris nipis dan melintang urat. Ini adalah kunci utama supaya daging goreng anda tidak liat dan mudah dikunyah.
- Api Yang Betul – Masak dengan api sederhana besar. Jangan masak terlalu lama sehingga daging menjadi kering dan keras. Cukup sekadar daging bertukar warna dan kuah perapannya memekat serta menyalut daging dengan cantik.
Boleh Makan Dengan Sambal Hijau Minang Ni, Memang Bertambah Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Aisyah Humaira


