
Phad Thai Udang Rasa Macam Dekat Kedai Siam
Breakfast hari ni saya buat mi Phad Thai Udang. 1st time makan dekat kedai siam, terus jadi suka. Rasanya lebih kurang sama dengan kue tiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza dan mi nya lebih halus.
Bahan-Bahan:
- 1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus)
- 6 bawang putih – dicincang
- 1 keping tauhu – didadu dan digoreng
- 10 ekor udang segar
- Daun bawang- dipotong panjang
- 1 mangkuk taugeh
- 2 biji telur – dipukul sedikit
- 3 sdb lobak masin – hiris kecil
Campuran Sos Phad Thai:
- Air asam jawa
- Gula melaka/gula perang
- Sos ikan thai
Bahan dicampurkan semuanya agak-agak masin, masam dan manisnya seimbang.
Bahan Tabur:
- Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
- Chilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup
Cara Menggoreng Phad Thai:
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.
2. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai gaul rata. Gaul rata.
3. Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul semua rata.
4. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.
Boleh Dapatkan Mi Pad Thai Kering (Halal) >> https://shope.ee/6zm9gqgBrF
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar