Manisan

Cara Buat Agar-Agar Santan Gula Merah Butter

cara-buat-agar-agar-santan-gula-merah-butter

Cara Buat Agar-Agar Santan Gula Merah Butter

Agar-agar legend tapi ada sentuhan moden sikit. Padu betul rasa gabungan rasa manis gula merah tu dengan rasa masin dari butter. Sekali suap boleh rasa dua-dua.

Bahan A:

  • 150 gram gula merah (ketuk atau potong menjadi ketulan kecil)
  • 20 gram gula merah thai (kalau takde boleh skip, tukar kepada gula merah juga)
  • 750ml air
  • 10 gram serbuk agar-agar

Bahan B:

  • 100ml santan
  • 50ml air
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan C:

  • 50 gram butter
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100 gram susu pekat
  • 30 gram gula
  • 500ml air
  • 2 biji kuning telur

Cara Membuat:

1. Masak bahan A sehingga semua gula larut dan mendidih. Tapis dan masukkan semula dalam periuk dan masak guna api yang perlahan. Satukan semua bahan B dan kacau sebati.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi lumut yang banyak dan tebal. Biarkan adunan mendidih selama 3-5 minit untuk mendapatkan lumut yang cantik. Jika sukakan ketulan lumut yang kecil, kerapkan kacau adunan dan sebaliknya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Agar-Agar Kastard

3. Tutup api dan biarkan sehingga wap panas agar-agar hilang dan menjadi sedikit suam sebelum dimasukkan ke dalam acuan (tujuan untuk mendapatkan tekstur agar-agar lumut sepenuhnya tanpa mendapan.

4. Sementara itu, masak bahan C kecuali butter sehingga sebati dan mendidih. Tutup api. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair dan sebati. Pastikan api ditutup.

5. Apabila lapisan agar-agar gula merah sudah sedikit keras, tuang lapisan agar-agar butter secara perlahan dan merata sehingga habis. Simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.

Cara Buat Agar-Agar Santan Gula Merah Butter

Resepi Oleh: Ayu Abdull Rashid