
Mee Kuning Homemade Hanya Guna 4 Bahan
Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil. Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan. Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi.
Bahan-Bahan:
- 300 gram tepung gandum
- 1 biji telur
- sedikit garam
- air suam
Cara Buat:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
2. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.
3. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong. Ikut masing-masing nak nipis macam mana.

4. Rebus mee selama 5 minit atau sampai mee lembut. Toskan mee tadi dalam air sejuk atau berais. Kite tak nak mee terlebih kembang. Letak sikit minyak bagi cantik berderai.
Alhamdulillah, siap dah mee kite. Boleh la buat mee goreng ke, mee sup ke, mee kari ke. Senang kan?. Bahan-bahan pun mudah dapat, tak de bahan kimia Asid borik tu. Selamat mencuba mak mak sekalian.
Nota: Ada yang tanye tak perlu letak pewarna ke? Bagi ain macam ni pun dah cantik warna dia. Kalau nak letak juga boleh letak serbuk kunyit sikit.

Resepi Oleh: Norain Naim