Puding

Resepi Puding Buah Kuah Kastard Simple Tapi Sedap

resepi-puding-buah-kuah-kastard-simple-tapi-sedap

Resepi Puding Buah Kuah Kastard Simple Tapi Sedap

Hi semua.. Harini nak share resepi simple tapi sedap. Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali. Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!.

Bahan-Bahan Puding:

  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair

Texture puding ni bukan macam agar-agar tau, dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti. Kalau nak keras sikit tambahkan 5 gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.

Bahan Kuah Kastard:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • secubit garam.

Cara Membuat:

1. Puding; Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu, bila dah sebati baru on api perlahan. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.

2. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk.

3. Kuah Kastard; Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati, baru on api. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Mangga

4. Bila puding dah keras, hiaskan la dengan buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi. Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.

Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba semua!.

Resepi Puding Buah Kuah Kastard Simple Tapi Sedap

Resepi Oleh: Muhammad Ali