Resipi Ayam Masak Merah Cara Mudah

Resipi Ayam Masak Merah Cara Mudah

Nengok ada balance nenas lam peti es. Nak buat pajeri nenas, macam sikit sangat tak cukup. Last-last buatlah acar Jelatah. Tapi takkan nak makan gitu jek ek? So kene lah buat ayam masak merah. Baru sedap. Baru kene regu dia.

Pastu nampak keropok ikan ada balance agi sikit. Arghh. Masak sekali lah. Papadom takde, kopok pon jadilah. Masa nampak keropok tu, ternampak sesuatu. Yang rasanya dah lama dia berkampung kat situ tanpa diusik.

Teringat Eicha start suka makan masa kat tadika. Memula dia taknak. Tapi kene paksa makan gak ngan guru besar kat situ, so dia pon telan lah 1 sudu ke 1 sudu. Since then lah dia suka makan. Dah lama dia suh Mameen masak, tapi harini baru rasa ada nak masak Bubur Chacha ni. Lama Eicha nak tunggu Mommy dia masak. Baru harini ada kerajinan.

Nah ni ada resepi untuk Ayam Merah cara Mameen kalau ade sesape nak cuba ya.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • Sejemput cili kering
  • 1 bj bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 btg serai
  • Halia dan lengkuas sebesar ibu jari
  • 4 sekawan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 botol sos tomato
  • 3 sudu sos Tiram
  • 2 sudu cuka
  • gula dan serbuk perasa
  • 1 bj bawang besar – dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun ketumbar
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

1. Cuci ayam, lumur kunyit dan garamkan ayam untuk digoreng. Goreng 1/2 masak je tau takmo terlalu garing. Goreng dan angkat.

2. Rebus dulu sejemput cili kering. Lepas cuci cili kering tu, blender halus bersama sebiji bawang besar + 4 ulas bawang putih + 2 batang serai + halia dan lengkuas sebesar ibu jari.

3. Gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi, masukkan 4 sekawan + sehelai daun pandan. Dah naik bau, masukkan bahan-bahan yang kita blend tu. Masak sampai pecah minyak.

4. Lepas pecah minyak, masukkan 1/2 botol sos tomato, 3 sudu sos tiram, 2 sudu cuka, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Then, masukkan ayam dan hirisan bawang besar. Tak kisah lah bawang holland ke bawang India ke bawang Mexico. Janji bawang besar.

5. Dah rasa ayam merah kita dah masak dan rasa dia dah ngam, bolehlah angkat dah hiasan ayam kita tu dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar atau daun sup. Ok. Siap sudah. Selamat mencuba.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Ayam Masak Merah Cara Mudah

Resipi Oleh: Ameen Fami