Resipi Soft Marble Cake Coklat Memang Gebu

Resipi Soft Marble Cake Coklat Memang Gebu

Ada tak peminat kek klasik kat sini? Kalau ada, korang wajib cuba resepi Soft Marble Cake ni. Bukan setakat corak dia je yang ‘aesthetic’, tapi tekstur dia memang super gebu, lembap (moist), dan cair di mulut!

Paling penting, resepi ni sangat mudah dan tak renyah. Ikut je tips yang saya bagi ni, gerenti kek korang tak kering dan corak marble dia jadi cantik ‘berpusing’! Sesuai sangat buat hidangan minum petang atau nak bagi buah tangan kat jiran.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Zurina Binti Kifli ni.

Olahan untuk Loyang 9x9x3 inch.
Sukatan menggunakan gm, cawan dan sudu metrik.
Cairkan butter sejam awal sebelum mula mengadun.
Kemudian cairkan coklat coin double boil. Biar sejuk.
Sapu butter dalam dan sekeliling loyang kemudian alaskan baking paper, ketepikan.

Bahan-Bahan:

  • 2/3 cawan @ 150ml/gm marjerin/butter – cairkan dan biar sejuk (Saya guna Farmscow/Latifolia)
  • 3/4 cawan (150gm) gula castor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 6 biji telur gred A
  • 1/4 cawan (50 ml) susu cair/segar (Saya guna susu fullcream)
  • 1 sudu teh esen vanilla (saya guna Creamy vanilla + sedikit Butter oil)
  • 1 1/2 cawan (230 gm) tepung superfine/gandum (Saya guna tepung naik sendiri jadi abaikan serbuk penaik@baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko (Saya guna 40gm Beryls coklat coin yang dicairkan + 1 sd teh coklat Emulco)

Cara Membuatnya:

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk pengadun atau ayak tepung naik sendiri ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan (semua bahan lain kecuali butter dan coklat serta emulco) gula castor, ovalette, telur, susu cair/segar dan esen vanilla.

2. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Kemudian naikkan kelajuan mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan putih. Adunan nampak gebu dan ringan.

3. Matikan mixer, sisip ke tengah adunan yang melekat pada tepi mangkuk mixer. Kadang-kadang ada ovalette yang melekat pada mangkuk yang tidak sebati dengan adunan. Hidupkan balik mixer, mix adunan dengan high speed selama seminit. Perlahankan semula kelajuan mixer dan masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan awal tadi. Adun hingga sebati tapi jangan terlebih adun, nanti adunan cair dan kek tak naik cantik.

4. Ambik 10 sudu makan adunan putih dan ratakan pada dasar loyang. Simpan lebih kurang 6 sudu makan adunan putih dalam bekas lain. Baki adunan dalam mangkuk mixer, campurkan dengan coklat cair dan emulco coklat. Kaup balik perlahan hingga sebati.

5. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan dengan spatula perlahan-lahan. Kemudian kat atas tu lapiskan dengan adunan putih yang disimpan asing tadi. Ratakan tapi jangan sampai ke tepi loyang. Biar nampak adunan coklat disekeliling loyang. Lotekkan dengan lidi satey secara membulat disekeliling tepi loyang.

6. Hentakkan loyang kek perlahan-perlahan 2-3 kali dan bakar pada suhu 175 darjah selama 60 – 75 minit, api atas bawah. Letak loyang pada rak paling bawah agar kek masak sempurna dan atasnya cantik atau tidak gelap. Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.

7. Bila kek telah masak, terlangkupkan loyang berisi kek di atas redai besi petak-petak 4 segi. Kemudian keluarkan loyang perlahan-lahan dan biarkan kek selama 5 minit baru terbalikkan ke atas redai yang lain dalam posisi asal. Biarkan kek sejuk sebelum masukkan dalam bekas bertutup.

Nota:

  1. Melalui pengalaman membuat kek ini, penggunaan mentega menghasilkan kek yang lebih gebu tetapi agak kering berbanding menggunakan marjerin (biasanya saya guna marjerin Seri Pelangi).
  2. Adunan kek ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan beberapa warna berlainan jika ingin hasilkan kek marble yang berwarna warni.
  3. Jika inginkan permukaan kek yang kurang garing/gelap, letakkan sekeping kertas timah di atas permukaan loyang setelah 25-30 minit kek dibakar dan sambung bakar hingga kek masak.

Peminat Kek Marble, Boleh Cuba Kek Marble 4 Benua Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Zurina Binti Kifli