Resipi Banana Chocolate Cake Senang Nak Buat

Resipi Banana Chocolate Cake Senang Nak Buat

My Banana Chocolate Cake. Mudah senang sangat nak buat. Tak perlu mixer. Kacau-kacau dengan whisk bagi sebati je. Jangan kacau lama-lama sangat nanti bentan. Relek-relek je kacau bagi sebati semua adunan. Cake ni budak-budak cukup suka.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji pisang lemak manis
  • 1 tbsp pati delima (jika ada)
  • 1 cwn gula perang
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji gred C. Kalau gred B kekalkan 3 biji
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/2 cawan salted butter cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp perisa chocolate (optional)
  • 2 cwn tepung naik sendiri (jenama blue key)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 cwn serbuk koko (diayak terlebih dahulu)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/2 cawan chocolate chunks

Cara Membuat:

1. Sediakan basin atau bekas besar sikit untuk sediakan adunan. Lenyek dengan garpu 5 biji pisang lemak manis. Pisang yang dah agak ranum (jangan blend nanti tak de juicy-juicy pisang). Pisang berangan pun boleh tapi KC lagi suka pisang lemak manis atau pisang mas, rasa lebih sedap.

2. Masukkan pati delima (jika ada), kalau masuk ni lagi sedap and juicy rasa balance lemak manis masam sket juice cake buah pisang kita tu. Masukkan 1 cawan gula perang (KC kurangkan 2 sudu besar dari 1 cawan gula ni). Masukkan 3 biji telur gred A atau 4 biji gred C. Kalau gred B kekalkan 3 biji.

3. Seterusnya, masukkan minyak masak dan salted butter cair. Cairkan dalam microwave je dalam 15 saat atau sampai dia cair. Masukkan esen vanila, perisa chocolate, dan 2 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama baking powder dan baking soda.

4. Masukkan serbuk koko, garam halus, dan chocolate chunks (any brand ikut citarasa anda) atau chocolate coin pun boleh. Kalau nak sedap cincang kasar (chunks). Kacau-kacau semua bahan sehingga sebati.

5. Panaskan oven, masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci. Tabur chocolate chip dan choclate coin atasnya. Boleh jugak tabur bersama almond flake bagi yang suka almond.

6. Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170c ikut pada capasity oven masing-masing. Cucuk cake dengan lidi kalau dah tak melekat pada lidi. Masak la tu. Siap dan selamat mencuba kawan-kawan.

Peminat Kek Marble, Boleh Cuba Kek Marble 4 Benua Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Shida Razak KC