Resepi Chewy Chocolate Chip Cookies

Resepi Chewy Chocolate Chip Cookies

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cup butter (125g) suhu bilik
  • 3/4 cup gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1/2 tsp garam
  • 1 1/2 cup tepung gandum (ayak)
  • 1/2 tsp baking soda (ayak)
  • 1 1/2 cup semi sweet choc chips

Cara Membuat:

1. Ayak tepung bersama baking soda dan ketepikan.

2. Guna senduk kayu pukul butter bersama gula perang sekadar sebati. Masukkn telur, vanila, garam dan kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkn tepung, baking soda, serta choc chips dan kaup balik hingga tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

4. Panaskan oven 170c, bentukkan adunan sebesar 2 tsp menjadi drop cookies. Jarakkan adunan sebab doh akan mengembang.

5. Bakar dengan api bawah sahaja selama 12-15 minit atau ikut suhu oven memasing.

Nota: Hero dalam cookies ni mesti la choc chips, jadi melabur la dengan membeli choc chips berkualiti untuk mendapatkan hasil yang ohsem. Kali ni akak melt the butter dan buat bola besar semasa membakar untuk dapatkan cookies yang tebai dan chewy, hepi menerai.

Jom Cuba Almond Cookies Yang Sedap dan Rangup Ni >> LIHAT DI SINI

Resepi Chewy Chocolate Chip Cookies

Resepi Oleh: Keroroyz Royz