Resipi Kek Pandan Kukus Mini Berkeju
Kombinasi rasa pandan, mentega, dan keju menggunakan Anchor Butter dan Perfect Italiano Perfect Melt menghasilkan kek kukus mini yang unik, wangi dan rasa lemak manis yang sedap. Produk Anchor dan Perfect Italiano adalah pilihan yang terbaik untuk pelbagai hidangan kerana ia diperbuat daripada bahan tenusu berkualiti tinggi dari New Zealand.
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sdk serbuk penaik (baking powder)
- 1/4 sdk soda bikarbonat (baking soda)
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 1/4 cawan Anchor Butter cair
- 1 sdk pandan emulco
- 1/2 cawan Perfect Italiano Perfect Melt
- Minyak untuk sapuan
Cara Penyediaan:
1. Panaskan pengukus guna api sederhana. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, dan gula. Kacau rata.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur, susu, butter cair, dan pandan emulco hingga sebati. Tuang campuran basah ke dalam campuran kering. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
3. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt dan kaup balik perlahan-lahan. Jangan kacau berlebihan. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.
4. Angkat kek pandan mini dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.
Guna Pengukus Elektrik Macam Ni Kek Masak Sempurna! >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Eka Zahra


