Resipi Nasi Minyak Mudah Guna Sukatan Cawan
Ramai yang PM minta resipi ‘Nasi Minyak’. Resipi ni saya dah biasa bagi dan setiap tahun selalunya saya akan kongsikan semula. Jom kita semak resipinya. Versi saya mudah saja tiada bahan special atau bahan yang susah nak cari. Dengan ingatan tulis ikhlas “JANGAN CURANG RESIPI” sukatan guna cawan metrik.
- 5 cawan beras basmathi bersamaan dengan 1kg beras
- 10 cawan beras basmathi bersamaan 2kg beras
Bahan-Bahan:
- 5 cawan beras basmathi – Saya guna Jasmine basmathi pusa gold 1121 (basuh dan rendam 15-20 minit)
- 5 cawan air – Sukatan ni elok nasi berderai.
- 1 cawan susu cair/sejat
- 5 pcs bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis (saya tak letak)
- 2 biji bawang besar hiris
- 5 ulas bawang putih hiris nipis
- Sebesar ibu jari halia hiris nipis
- 1 sudu besar membukit garam
- 1 sudu kecil gula
- 2 helai daun pandan simpul (saya letak juga daun kari nak bagi wangi)
- 3 sudu besar puree tomato (nak gantikan 3 sudu besar sunquick pun boleh) tak nak letak dedua bahan pun boleh.
- 1/2 cawan kismis (tak nak letak pun tak apa)
- 1 senduk kecil minyak sapi (boleh gantikan dengan marjerin kalau suka)
- 1 senduk kecil minyak masak
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Sebesar ibu jari halia nak1
- 1/4 air
Kisar semua bahan ini.
Bahan Hiasan:
- Daun sup@daun ketumbar
- Bawang goreng
Cara Memasak:
1. Didihkan air dan susu cair dalam periuk nasi elektrik. Sambil-sambil tu siapkan bahan tumisan. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bunga lawang dan bahan hiris. Tumis hingga garing.
2. Apabila bahan hiris dah garing, masukan bahan kisar, tomato puri, daun pandan dan daun kari. Tumis lagi hingga elok naik minyak. Tutup api. Toskan beras.
3. Apabila air dalam periuk nasi dah mendidih boleh masukan beras, bahan tumisan, garam dan gula. Kacau dan sesuaikan rasa. Jika perlu tambah garam boleh tambah. Masukan juga kismis yang telah dibasuh. Tekan button periuk nasi dan masak seperti biasa.
AMARAN! JANGAN USIK/KACAU NASI YANG BELUM MASAK.
4. Apabila button naik ke atas biarkan sekejap dalam 15-20 minit baru boleh kacau atau gembur nasi. Dah siap gembur boleh taburkan bahan hiasan.
Makan Nasi Hujan Panas Dengan Sambal Minang Ni Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Mariana Zainal


