Resipi Ikan Siakap Goreng Bercili Sweet and Sour
Selalu kalau oder kat kedai susah nak dapat sos yang sedap, kadang tu dia boh sos tomato dengan sos cili je. Setelah dikaji kakak cuba buat sendiri dan hasilnya resepi ni diguna pakai bukan untuk ikan sahaja, untuk semua seafood pun boleh.
Bahan Ikan Siakap Goreng:
- 2 ekor ikan saiz medium
- garam
- tepung jagung
- lada sulah
Bahan Sambal Cili Sweet Sour:
- cili boh (kakak buat sendiri)
- sos tomato
- sos cili
- sos ikan (nampla)
- daun limau
- madu
- tomato cherry
- daun ketumbar
Bahan Kisar Kasar:
- 1 biji bawang besar
- 6 tangkai cili merah
- 5-6 tangkai cili padi
- 3 batang serai
- bawang putih
Cara Memasak:
1. Gaul ikan dengan garam dan lada sulah. Tepek tepung nipis pada ikan macam pakai bedak kat muka, panaskan minyak dah goreng. InsyaAllah ikan tak mudah melekat di kuali.
2. Tumis bahan kisar kasar, masukan cili boh. Agak dah pecah minyak masukkan sos tomato, sos cili dan sos nampla. Perasakan ikut selera masing-masing, agak nak letak garam dan gula lagi sikit pun boleh. Letak air sikit, masak sehingga semua sebati.
3. Bila kuah dah pekat, masukan daun limau, madu dan cheery tomato. Last sekali tabur daun ketumbar. Tuang sos pada ikan panas-panas, siap!.
Makan Dengan Sambal Hijau Minang Ni, Bertambah Sedap Rasanya >> SAMBAL HIJAU

Resipi Oleh: Sania Weina


