Sayur

Resepi Tauhu Dalam Sos Tomato Pedas

resepi-tauhu-dalam-sos-tomato-pedas

Resepi Tauhu Dalam Sos Tomato Pedas

Tauhu dalam sos tomato pedas, masak tauhu dan tomato seperti ini, sangat lazat dan mudah.

Bahan-Bahan:

  • 8 biji tauhu ukuran kecil/1 block tauhu
  • 2 biji telur
  • 4 biji tomato
  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 daun bawang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar serpihan cili merah
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 150ml air
  • Larutan tepung jagung (2 sudu kecil tepung jagung + 4 sudu besar air)

Cara Memasak:

1. Potong tauhu secara menyerong, kemudian belah kepada 2 bahagian. Pukul telur kemudian gaul rata bersama tauhu. Hiris tomato menjadi kepingan nipis, daun bawang dan cili merah dipotong kecil, bawang putih dicincang halus.

2. Sediakan mangkuk, campurkan garam, lada hitam, cili merah, kicap, kicap manis, sos tiram, air, gaul rata. Panaskan minyak masak, tuang semua tauhu dan cecair telur kemudian goreng hingga kuning keemasan, pindahkan ke dalam pinggan.

3. Gunakan sisa minyak untuk menumis bawang putih, jika bawang putih telah sedikit keperangan masukkan tomato, tumis hingga tomato lembut, tekan-tekan hingga tomato hancur.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuah Dhal

4. Masukkan tauhu goreng, gaul rata tauhu dan tomato kemudian masukkan sos dan hirisan cili. Masak sos hingga mendidih kemudian masukkan larutan tepung jagung, masak sehingga sos pekat dan mendidih. Masukkan daun bawang, dan gaul rata. Siap.

Resepi Tauhu Dalam Sos Tomato Pedas

Resepi Oleh: Mawar Silalahi