Resipi Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri

Resipi Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri

Sebut sahaja Asam Pedas, pasti terbayang kuahnya yang merah menyala, rasa masam yang membangkitkan selera, dan aroma daun kesum yang menusuk kalbu. Jika digabungkan pula dengan Ikan Tenggiri yang segar dan isinya yang pejal, memang boleh buat kita bertambah nasi berkali-kali!

Kenapa Ikan Tenggiri Pilihan Terbaik? Ikan Tenggiri sering dianggap sebagai “raja” untuk hidangan asam pedas kerana;

  1. Isi yang Pejal – Isinya tidak mudah hancur walaupun dimasak lama dalam kuah yang mendidih.
  2. Rasa yang Manis – Kemanisan semulajadi ikan laut ini menyeimbangkan rasa masam asam jawa dan pedas cili.
  3. Kurang Tulang – Sangat mesra keluarga, terutamanya untuk anak-anak atau warga emas yang gemar makan ikan.

Mari kita masak asam pedas ikan tenggiri versi tumis yang disediakan oleh Mariana Zainal. ni.

Bahan-Bahan:

  • Ikan tenggiri (nak buh ikan lain pun boleh ja)
  • Kacang bendi (terpulang nak banyak mana)
  • 2 biji tomato (belah 2 atau 4)
  • 3 batang serai diketuk
  • Sedikit daun kesum
  • 1 batang bunga kantan belah 4 (tak de pun tak pe)
  • 1 cawan air asam jawa (sederhana cair)
  • 1 sudu besar garam
  • Sedikit bahan perasa
  • Air secukupnya (untuk kuah, agak-agak jangan cair sangat yer) saya buh 2 1/2 cawan

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar (jika tak berapa besar tambah lagi sebiji)
  • 5 ulas bwg putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 25 pcs cili kering
  • 1/2 cawan minyak masak

Semua bahan ini dikisar.

Cara Memasak:

1. Masukan bahan kisar dan serai yang dah diketuk dalam kuali. Masukan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah kaler, masukan air asam jawa dan biarkan mendidih.

2. Masukkan sedikit air. Apabila dah mendidih ganas masukan ikan, daun kesom, tomato dan bendi. Bolehlah sesuaikan rasa. Siap. Boleh buang lebihan minyak jika perlu.

Nota Resepi Bonda: Rahsia Asam Pedas Yang Menjadi

Bukan semua orang boleh buat asam pedas yang cukup “kick”. Ini adalah beberapa tips rahsia yang wajib anda tahu;

  1. Tumis Hingga Pecah Minyak – Ini adalah kunci utama! Pastikan cili kisar ditumis dengan api perlahan sehingga minyak timbul di permukaan. Ini memastikan cili masak sepenuhnya dan kuah tidak berasa “mentah”.
  2. Gunakan Bunga Kantan & Daun Kesum – Gabungan dua bahan ini adalah “nyawa” bagi asam pedas. Tanpanya, asam pedas anda akan terasa kosong.
  3. Sedikit Lada Hitam – Untuk gaya Melaka yang asli, tumbuk sedikit lada hitam dan masukkan ke dalam tumisan. Ia memberikan rasa pedas yang lebih hangat dan mendalam.
  4. Air Asam Jawa Segar – Sebaik-baiknya, gunakan pes asam jawa yang diramas sendiri berbanding jenis segera untuk rasa masam yang lebih natural.

Nak Cepat dan Mudah, Boleh Guna Pes Asam Pedas Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Mariana Zainal