Resipi Tom Yam Ala Phuket Memang Sedap
Hari ni boleh lah buat Tom Yam ala Phuket. Nak pergi Phuket dah tak boleh sekarang. So, terpaksalah belajar buat Tom Yam sendiri. Cuba lah Tom Yam Fizo Omar ajar. Memang jadi. Husband pun puji cakap sebiji macam Tom Yam kat Phuket kita makan dulu. Yang best nya Tom Yam ni tanpa garam, gula dan penambah perasa. Sebab bahan-bahan pun da cukup perasa.
Bahan-Bahan:
- 4 ekor Sotong
- 15 ekor Udang Size L
- 3 ketul Ayam Bahagian Isi
- 3 akar Daun Ketumbar
- 3 batang Serai
- 2 hiris Lengkuas
- 5 biji Cili Padi Merah
- 5 sudu Pes Tom Yam
- 1 biji Bawang Holland
- 2 biji Tomato
- 1 paket Cendawan
- 1 paket Baby Corn
- 4 sudu Air Perahan Limau Nipis
- 4 sudu Sos Ikan (Tapi Gambar Sotong)
- 5 helai Daun Limau Purut (buang batang)
- Suku Periuk Air (Air tak boleh banyak)
- 1/2 tin Susu Cair F&N
Cara Memasak:
1. Masukkan air suku periuk sahaja. Biar air mendidih, kemudian masukkan akar daun ketumbar, serai, dan cili padi yang telah diketuk. Masukkan juga lengkuas yang telah dihiris. Biar mendidih.
2. Masukkan pes Tom Yam, Ayam, Bawang Holland belah 8 dan Tomato belah 4. Bila dah mendidih, masukkan Sotong, Udang, Cendawan, Baby Corn. Terus masukkan air perahan limau nipis, sos ikan dan koyakkan daun limau purut. Jangan masukkan terlalu awal nanti rasa pahit.
3. Tunggu mendidih sekejap, then tutup api. Tomyam tak boleh masak lama nanti over cooked. Akhir sekali, masukkan susu cair. Tak perlu tambah garam, gula dan perasa dah. Selamat mencuba!.
Guna Pes Tom Yam Macam Ni Rasa Sama Macam Restoren Thai >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Aien Awien Husaini


